Jump to content

All Activity

This stream auto-updates

  1. Last week
  2. Status Testing 

  3. Earlier
  4. Microsoft hari ini telah memperkenalkan Windows 365 secara rasminya, sekaligus membolehkan anda mengakses sistem operasi – sama ada versi Windows 10 atau Windows 11, melalui pelayar web. Dengan langkah ini, ia akan memudahkan anda mengakses sistem operasi Windows melalui pelayar web pada sebarang peranti, termasuk pada Mac, iPad, Linux, atau peranti Android. Microsoft mengatakan Windows 365 menyokong semua pelayar web moden pada hari ini. Selain pelayar web, pengguna juga boleh mengaksesnya melalui aplikasi Microsoft Remote Desktop. Windows 365 ditujukan kepada pengguna perusahaan, dan hadir dengan pembayaran langganan bulanan. Ciri ini juga akan memudahkan anda mengakses sesi komputer anda pada sebarang peranti dengan mudah – sekaligus menyelesaikan tugasan pada bila-bila masa. Windows 365 distrim melalui Azure Virtual Desktop. Perusahaan boleh menetapkan kuasa pemprosesan, memori sehingga 32GB RAM, dan storan sehingga 512GB. Perusahaan juga boleh menjana Cloud PC dalam masa kurang seminit, dan memberikan akses kepada pekerja dengan mudah dan pantas. Penawaran ini juga dijangka akan mengurangkan kos operasi syarikat, dimana tidak lagi memerlukan komputer dengan kuasa pemprosesan tinggi, selain memastikan sistem sentiasa selamat dan boleh diakses bila-bila masa. Harga langganan untuk Windows 365 masih tidak diketahui lagi. Ia dijangka ditawarkan bermula Ogos kelak, sekaligus akan membuka dunia baharu yang membolehka anda mengakses sistem operasi Windows tanpa perlu menggunakan sebuah peranti yang khusus seperti pada hari ini. https://amanz.my/2021295339/
  5. Nyawa dua orang wanita ibarat berada di hujung tanduk apabila hampir maut setelah berayun di pinggir tebing yang setinggi 6.300 kaki (1,828 meter). Menurut IndiaTimes, kejadian mencemaskan itu berlaku di di Dagestan, Rusia apabila kedua-dua orang wanita tersebut telah berayun di Sulak Canyon. Sulak Canyon digambarkan sebagai gaung (canyon) terdalam di Eropah berbanding Grand Canyon di US. Malang tidak berbau apabila kabel buaian yang dinaiki mereka telah tersekat ketika berayun. Keadaan itu menyebabkan tempat duduk buaian tersebut terbalik di saat ia masih berayun laju. Kedua-duanya ditakdirkan telah bernasib baik apabila sempat mendarat di platform dek yang sempit di bawah tebing. Mereka dilaporkan hanya mengalami luka dan lebam sebelum dibawa naik semula dengan selamat oleh saudara mereka yang ngeri melihat situasi itu. Satu sumber mengatakan bahawa kedua-dua wanita tersebut berada dalam ketakutan dan mengalami calar-balar, namun tiada kecederaan serius yang dialami. Tambahnya lagi, “Ia lebih menggigilkan jika membayangkan kemungkinan yang terjadi sekiranya kedua-dua mereka tergelincir saat ayunan berada pada ketinggian maksimum“. Rentetan kejadian itu, polis telah menjalankan siasatan dan pemeriksaan keselamatan dilakukan pada buaian serupa yang berdekatan, iaitu di gaung yang lebih satu batu kedalamannya. Majlis Kazbekovsky tempatan dikatakan tidak berpuas hati dengan piawaian keselamatan dan membuat permintaan agar membuang mendakan tersebut. Malah, Kementerian Pelancongan di Dagestan juga mengatakan bahawa buaian tersebut ‘tidak memenuhi piawaian keselamatan’. Jelasnya, “Agensi penguatkuasaan undang-undang dan perkhidmatan lain sudah melakukan pemeriksaan yang relevan untuk memastikan bahawa tidak ada yang mengancam nyawa dan kesihatan“. https://siakapkeli.my/2021/07/15/video-detik-cemas-dua-wanita-terjatuh-dari-buaian-berhayun-di-tebing-setinggi-lebih-6-ribu-kaki/
  6. How to reset Epson L130 L220 L310 L360 L365. Connect your printer to computer then turn it on. Extract Adjustment program for Epson L210 then extract it. Open the folder then run Adjprog file. DOWNLOAD HERE : Epson Resetter L130-L220-L310-L360-L365.zip Then follow this steps; Click “Select“ Click the arrow as shown. Then select “L220” or your printer model Click “OK“ Click “Particular adjustment mode“ Select “Waste ink pad counter“ Click “OK“ Click “Check“ Tick “Main pad counter“ Click “Initialization“ Click “Finish“ when finish, turn off your printer and wait then turn on and try print test Don't use this tool more that 1 time until you check the actual ink pad. "the ink will actual leak"
  7. How to reset Epson L210. Connect your printer to computer then turn it on. Extract Adjustment program for Epson L210 then extract it. Open the folder then run Adjprog file. DOWNLOAD HERE : Epson Reset L110 L210 L300 L350 L355.zip Then follow this steps; Click “Select“ Click the arrow as shown. Then select “L210” or your printer model Click “OK“ Click “Particular adjustment mode“ Select “Waste ink pad counter“ Click “OK“ Click “Check“ Tick “Main pad counter“ Click “Initialization“ Click “Finish“ when finish, turn off your printer and wait (1 or 2 Minute) then turn on and try print test Don't use this tool more that 1 time until you check the actual ink pad. "the ink will actual leak"
  8. Canon G2000 problem code 5B00 mean the waste ink counter overflow, you need to reset Canon G2000 Waste Ink Counter (clear Waste Counters). The printer will blink as follow: Orange light – 7 times. Alternatively Green (Power) and Orange. To reset Canon G2000 5B00 Waste Ink Counter Error – You need to PUT CANON PRINTER IN SERVICE MODE! How to put Canon G2000 printer in service mode Step 1: Turn off Canon G2000 printer Step 2: Press and hold Canon G2000 printer’s RESET button Step 3: Press and hold printer’s POWER button. Step 4: Released Canon G2000 printer’s RESET button, POWER still pressed Step 5: Press and released Canon G2000 printer’s RESET button 6 times (Power Button Still Press) Step 6: Released Canon G2000 printer’s POWER button Now, Canon G2000 printer on SERVICE MODE condition. In this condition, computer detect found new hardware. Step 7: When operating system detect FOUND NEW HARDWARE, wait about 20 seconds until power light stable (not blinking) Step 8: Press Stop button 5 times then press power button 1 times, wait till 1 paper print out. (semasa menekan stop button 5 kali. power light dan stop light akan menyala secara bergilir. sekiranya tidak menyala bergilir itu bermakna printer service mode ada problem dan memerlukan tool yang berbayar seperti WIC Reset Utility) Step 9: power off your printer Step 10: turn on your printer and try print test check.. Download Service Tool : Service Tool v.4718.rar Don't use this tool more that 1 time until you check the actual ink pad. "the ink will actual leak"
  9. Sekumpulan pekebun durian mengecam tindakan kerajaan negeri Pahang yang disifatkan 'angkuh' apabila menebang 15,000 pokok durian Musang King yang menjadi pertikaian dalam tempoh sembilan hari lalu di Raub. Presiden Save Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang dalam satu kenyataan berkata, penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Pahang itu menambahkan kesulitan kepada pekebun. "Di mata pihak Jabatan Perhutanan Pahang, 15,000 pokok durian hanyalah angka. "Meskipun begitu, pokok-pokok ini adalah satu-satunya sumber mata pencarian bagi para pekebun, yang juga merupakan satu-satunya harapan mereka untuk terus hidup menghadapi wabak ini. "Tambahan pula, operasi pembukaan tanah melibatkan 250 hektar tanah dalam waktu kurang daripada dua minggu menimbulkan kesan yang teruk terhadap alam sekitar dan tidak dapat dipulihkan "Oleh itu, alasan 'melestarikan alam sekitar' oleh jabatan perhutanan tidak boleh diterima dan hanya menjadikan jabatan itu sebagai bahan tertawa," kata Chang dalam kenyataan. Terdahulu, BH Online memetik Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Nor Azirim Ahmad yang menyifatkan kejayaan operasi menebang 15,000 pokok durian Musang King itu sebagai pencapaian yang tidak dijangka berbanding perancangan awal. "Dalam tempoh sembilan hari, hampir semua 15,000 pokok durian Musang King yang tanam secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam berjaya ditebang. "Peringkat awal, ia dijangka mengambil masa selama sebulan. "Pencapaian itu begitu membanggakan semua pihak terutama apabila dapat menyelesaikan tugasan berkenaan dalam jangka masa begitu pantas," katanya. Terdahulu, kerajaan negeri Pahang dan kumpulan pekebun durian berkenaan terlibat dalam pertikaian mengenai tanah yang diteroka di Raub dan membawa kes itu ke mahkamah. Kerajaan negeri mendakwa pekebun berkenaan meneroka tanah secara haram dan berusaha mengusir mereka bagi menyewakan tanah itu kepada sebuah syarikat yang merancang penanaman duriannya sendiri. Syarikat itu, Royal Pahang Durian Resources-PKPP Sdn Bhd (RPDR-PKPP), adalah usaha sama antara kerajaan negeri dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerabat diraja Pahang. Para pekebun terbabit mendapat perintah penagguhan dari Mahkamah Rayuan, yang membolehkan mereka mengusahakan tanah itu sementara menunggu rayuan dibuat terhadap pengusiran tersebut. Namun, pada awal bulan ini, kerajaan negeri mula bertindak menebang pokok durian di kawasan itu. Kerajaan negeri berkata, pokok-pokok durian yang ditebang bukan berada di kawasan yang dipertikaikan, sebaliknya ditanam di hutan simpan yang berdekatan. Sebaliknya, para pekebun terbabit berkata pokok-pokok durian berkenaan terletak di kawasan yang dipertikaikan dan keputusan penangguhan oleh mahkamah juga merangkumi pokok-pokok yang berada di dalam hutan simpan itu. Chang berkata, Samka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri dengan memfailkan permohonan menghina mahkamah. Chang sebelum ini berkata proses penebangan pokok-pokok durian itu bermula pada 5 Julai. Sehari sebelum itu, polis menahan Adun Tras, Chow Yu Hui bersama 18 pekebun durian yang lain, di tengah pertelingkahan dengan pihak berkuasa negeri. https://www.malaysiakini.com/news/582662
  10. Pandemik COVID-19 masih lagi ‘menghantui’ masyarakat dunia sehingga ke hari ini dan memperlihatkan bahawa kita semua terpaksa menjalani perintah berkurung agar dapat mengekang penularan jangkitan. Untuk pengetahuan korang, bukan negara kita sahaja yang sedang menjalani perintah kawalan pergerakan ketika ini tetapi di negara jiran juga iaitu di Indonesia. Presiden negara itu, Joko Widodo telah mengumumkan sekatan aktiviti masyarakat atau Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Darurat bermula 3 Julai hingga 20 Julai ini di Jawa dan Bali. Pelaksanaan PPKM di dua wilayah itu disebabkan berlakunya lonjakan kes harian. Peraturan-peraturan yang lebih ketat telah dikuatkuasakan bagi ‘menghalang’ masyarakat untuk berada di kawasan awam. Masih berkumpul di tempat awam Pun begitu, nampaknya masih ada juga sesetengah orang yang berdegil dengan berkumpul di tempat awam. Menerusi satu video yang tular di TikTok, beberapa orang pegawai polis dilihat menyerbu sebuah restoran yang dipenuhi dengan orang ramai. Mungkin takut dengan kehadiran polis-polis tersebut, semua pelanggan di dalam restoran itu dilihat terkedu dan hanya diam seribu bahasa. Polis kecewa tengok orang ramai Dalam keadaan itu, seorang pegawai polis lelaki memecah kesunyian dan menjerit kerana dipercayai kecewa melihat kedegilan orang ramai di dalam restoran itu. Video itu telah dimuatnaik dengan kapsyen “PPKM”. Pun begitu, lokasi restoran itu tidak dinyatakan. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 7.3 juta kali di TikTok. (Video) Geram Orang Masih Ramai Walau Darurat, Jeritan Penuh Kecewa Polis Buat Satu Restoran Sunyi-sepi.mp4
  11. BANDARAYA MELAKA 30 Jun – “Mohon ‘pandang-pandanglah’ kami di sini kerana perniagaan kami hampir terlingkup sebab dah berbulan tidak beroperasi,” kata Penganjur Bazar Ole-Ole Melaka, Khairul Anuar Mohd Noor. Dia antara peniaga di Banda Hilir yang berputih mata dan buntu akibat hilang punca pendapatan berikutan bazar berkenaan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan penuh (PKP). Menurut Khairul Anuar, 35, sehingga kini kira-kira 80 peratus membabitkan 2,000 peniaga termasuk perniagaan ‘uptown’ di Banda Hilir terkesan dan memerlukan penyelesaian. Menurutnya, hasil maklumat dikongsikan dari pelbagai persatuan peniaga di kawasan berkenaan, mendakwa ramai peniaga terpaksa menggadaikan harta dan menanggung hutang yang banyak demi meneruskan perniagaan. “Ada yang gadai emas, kereta dan rumah sejak benar-benar terkesan pada Januari lalu sehinggalah sekarang, malah ada yang meminjam ‘ah long’. “Seramai 280 peniaga uptown di kawasan ini tidak tahu hala tuju mereka selepas tidak dibenar beroperasi, malah kira-kira 70 daripada mereka tidak mampu membayar sewa bulanan. “Secara purata tanggungan liabiliti bagi peniaga dalam kawasan Banda Hilir di bawah RM3,000 sebulan dan kini semakin terkesan akibat tidak boleh berniaga,” katanya kepada Melaka Hari Ini. Khairul Anuar berkata, semua peniaga di Banda Hilir menjadikan sektor pelancongan di kawasan itu sebagai punca pendapatan utama mereka memohon dibenar beroperasi semula. “Kita juga mohon kerajaan beri kelonggaran kepada penerima vaksin penuh dapat merentas negeri kerana ini benar-benar membantu kelangsungan perniagaan kami. “Fasa bagi pembukaan sektor pelancongan dalam Pelan Pemulihan Negara dijangka pada Disember agak lama dan wajar dinilai untuk dipercepatkan kerana sudah berbulan kami sengsara,” katanya. https://www.melakahariini.my/2000-peniaga-termasuk-uptown-di-banda-hilir-hampir-lingkup/
  12. Digital Nasional Berhad kini sedia memilih Ericsson dalam membangunkan infrastruktur rangkaian 5G untuk Malaysia. Selari dengannya juga, beberapa perancangan untuknya dikongsikan. Menjelang penghujung tahun 2021 ini, rangkaian 5G dijangka dilancarkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Cyberjaya. Ia akan diikuti dengan lima bandar utama pada 2022, di negeri Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan juga Sarawak. Lanjutan daripadanya, pada 2023, ia dijangka akan diperluaskan meliputi 17 bandar dan kawasan luar bandar. Mengikut sasaran awal, rangkaian 5G dijangka akan meliputi sekitar 80% kawasan berpenduduk menjelang tahun 2024 kelak. https://amanz.my/2021293416/
  13. KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) — Kesilapan tertukar bayi dengan keluarga lain sehingga seseorang individu dibin atau dibintikan kepada bapa angkat, dari segi hukum agama wajib ditukar kepada bin atau binti bapa kandung supaya tidak menimbulkan isu berbangkit, terutama berkaitan pembahagian pusaka. Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ini kerana anak sebenar itu mempunyai hak untuk mendapatkan sumber pusaka yang ditinggalkan oleh bapa kandungnya yang sudah meninggal dunia. “Memang (wajib) seseorang itu dibin atau dibintikan kepada bapa sebenar, tidak boleh dibinti atau bin kepada bapa angkat, haram kalau dengan sengaja. Dalam kes ini ia ‘tersilap’, jadi apabila tersilap, insya-Allah Tuhan ampunkan. “Tetapi dari segi pengurusan (Jabatan Pendaftaran Negara), terserahlah…kalau undang-undang kata tidak boleh tukar sebab melibatkan sijil misalnya, tidak mengapa, tetapi perlu ada satu catatan bahawa ini adalah anak angkat. “Kalau tidak nanti dia boleh buat tuntutan di mahkamah dan berhak mendapat tuntutan pusaka. Sekarang tidak mengapa kerana damai (tiada perbalahan),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi. Mohamad Shukri berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama semalam berkenaan dua keluarga terpaksa mengharungi kisah tragis selepas tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar yang dilahirkan 20 tahun lepas tertukar dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan. Kejadian itu hanya disedari tahun lepas selepas ketiga-tiga mangsa, Adryani Iwani, 20, ‘kembarnya’ Adryana Irwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lepas. Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata tidak menjadi kesalahan untuk anak yang tertukar itu terus tinggal bersama keluarga yang memeliharanya selama ini kerana dia dianggap anak sebenar kerana telah menyusu daripada ibu keluarga berkenaan. Sehubungan itu, dari aspek hukum aurat adik-beradik susuan adalah sama dengan hukum aurat adik-beradik seibu sebapa, katanya. Mengenai wali dalam pernikahan pula, merujuk kepada kes ini yang kedua-duanya sudah kehilangan bapa kandung, Mohamad Shukri menjelaskan pengganti wali yang terdekat ialah abang atau adik-beradik lelaki kandung. “Meskipun (Adryana Iwani) sudah tinggal bersama keluarga angkat, wali pernikahan itu mesti ikut binti bapa yang sebenar, wali asal. “Andai kata sudah nikah berwalikan bapa angkat atau adik-beradik angkat, tidak jatuh hukum zina, tapi dia mesti angkat lafaz nikah baharu dengan wali asal selepas diketahui hal sebenar,” katanya. Bagaimanapun dalam kes ini, kesemua yang terlibat masih belum mendirikan rumah tangga. Berkenaan ujian DNA bagi membuktikan tali kekeluargaan seseorang pula, Mohamad Shukri berkata ia boleh diterima pakai sebagai satu daripada mekanisme untuk menentukan nasab (anak kepada bapa). Sementara itu, pakar genetik manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Thilakavathy Karuppiah berkata seseorang itu akan mewarisi 50 peratus daripada DNA ibu dan 50 peratus DNA bapa. “Malah, setiap indidvidu pula mempunyai profil (corak) DNA yang berbeza, kecuali kembar seiras,” katanya. Dr Thilakavathy berkata keputusan ujian DNA yang tidak boleh dipertikaikan adalah lebih kurang antara 96 peratus hingga 99.99 peratus namun, sebarang ujian DNA, ada kebarangkalian yang kecil akan memberi keputusan yang boleh dipertikaikan. “Keputusan yang boleh dipertikaikan bukan bermaksud keputusan negatif. Semakin tinggi peratusan, semakin besar kemungkinan individu-individu yang diuji itu mempunyai tali persaudaraan,” katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat perkara itu dan akan berhubung dengan pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut. — BERNAMA
  14. Tel Aviv – Duta Israel di Singapura menyatakan Israel bersedia menjalin hubungan baik dengan tiga negara Islam di Asia Tenggara, lapor akhbar The Jerusalem Post kelmarin. Tiga negara dengan majoriti penduduk beragama Islam di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei pernah mengecam serangan 11 hari Israel ke atas Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 250 warga Palestin. Malaysia, Indonesia dan Brunei menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya campurtangan untuk menghentikan ‘serangan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin’. Tiga negara itu tidak mempunyai apa-apa pertalian rasmi dengan Israel dan berulang kali meminta penjajahan ke atas wilayah Palestin di Tebing Barat oleh Rejim Zionis ditamatkan. Duta Israel ke Singapura, Sagi Karni berkata, kritikan daripada pemimpin tiga negara itu adalah ‘tidak jujur’ dan ‘tidak berasaskan keadaan sebenar konflik’ yang disifatkan Karni sebagai konfrontasi antara Israel dengan Hamas dan bukannya Israel terhadap semua warga Palestin. “Hamas adalah sebuah organisasi anti-Yahudi dan saya tidak tahu berapa ramai individu di media sosial yang benar-benar faham betapa radikal dan fasisnya Hamas,” katanya. Beliau berkata, satu-satunya cara untuk mempunyai pengaruh besar ke atas apa yang berlaku di Asia Barat adalah dengan mewujudkan hubungan dengan Israel. “Kami bersedia untuk berbincang dan bertemu. Saya tidak fikir pemimpin negara-negara itu sukar untuk menghubungi kami,” katanya. Israel mempunyai kedutaan di negara-negara lain di Asia seperti Vietnam, Thailand, Myanmar dan Filipina. Empat buah negara Arab iaitu Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain, Sudan dan Maghribi bersetuju menjalin hubungan diplomatik dengan Israel di bawah perjanjian yang ditaja oleh Amerika Syarikat. – Agensi
  15. Microsoft sedia menjadualkan acara pada 24 Jun 2021 kelak, dimana pelbagai spekulasi membawa kepada Microsoft akan memperkenalkan sistem operasi Windows 11. Selari dengannya, sistem operasi generasi baharu berkenaan dijangka membawakan sejumlah ciri baharu. Terbaru, melalui perubahan log pada Windows Subsytem for Linux GUI, ia memperlihatkan dua perubahan log memfokuskan kepada Android. Ia dilihat Microsoft seperti sedang mengoptimasikan sistem pelagak bagi memudahkan aplikasi Android dapat dijalankan pada tetingkap dalam Windows. Perubahan dan sokongan terhadap aplikasi Android pada Windows sedia kita dengar sejak beberapa bulan lepas, dan ia mungkin direalisasikan pada Windows 11 tidak lama lagi. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah sokongan keseluruhan aplikasi Android pada Windows akan beroperasi – memandangkan ada sebahagian yang memerlukan sokongan Google Play Store. Apa pun, langkah ini mungkin akan mengembirakan ramai pengguna – terutamanya yang kini lebih bergantung kepada aplikasi mudah-alih dengan lebih banyak berbanding aplikasi desktop.
  16. Microsoft’s upcoming Windows 11 operating system has leaked online today. After screenshots were first published at Chinese site Baidu, the entire Windows 11 OS has appeared online, complete with a new user interface, Start menu, and lots more. The new Windows 11 user interface and Start menu look very similar to what was originally found in Windows 10X. Microsoft had been simplifying Windows for dual-screen devices, before canceling this project in favor of Windows 11. Visually, the biggest changes you’ll notice can be found along the taskbar. Microsoft has centered the app icons here, cleaned up the tray area, and included a new Start button and menu. here's a first look at Windows 11.mp4 This updated Start menu is a simplified version of what currently exists in Windows 10, without Live Tiles. It includes pinned apps, recent files, and the ability to quickly shut down or restart Windows 11 devices. It’s really a lot more simplified than what exists in Windows 10 today. If you don’t want the app icons and Start menu centered, there’s an option to move them all back to the left-hand side. Coupled with the dark mode that’s also available, and Windows 11 starts to look like a more refined version of Windows 10 than something dramatically new.
  17. Microsoft sedia menjadualkan acara pada 24 Jun 2021 kelak, dimana pelbagai spekulasi membawa kepada Microsoft akan memperkenalkan sistem operasi Windows 11. Selari dengannya, sistem operasi generasi baharu berkenaan dijangka membawakan sejumlah ciri baharu. Terbaru, melalui perubahan log pada Windows Subsytem for Linux GUI, ia memperlihatkan dua perubahan log memfokuskan kepada Android. Ia dilihat Microsoft seperti sedang mengoptimasikan sistem pelagak bagi memudahkan aplikasi Android dapat dijalankan pada tetingkap dalam Windows. Perubahan dan sokongan terhadap aplikasi Android pada Windows sedia kita dengar sejak beberapa bulan lepas, dan ia mungkin direalisasikan pada Windows 11 tidak lama lagi. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah sokongan keseluruhan aplikasi Android pada Windows akan beroperasi – memandangkan ada sebahagian yang memerlukan sokongan Google Play Store. Apa pun, langkah ini mungkin akan mengembirakan ramai pengguna – terutamanya yang kini lebih bergantung kepada aplikasi mudah-alih dengan lebih banyak berbanding aplikasi desktop. Sumber : https://amanz.my/2021290314/
  18. Microsoft sedia mengacah pengumuman generasi baharu sistem operasi Windows mereka tidak lama lagi – dimana spekulasi mengatakan kemungkinan Windows 11 diumumkan pada acara yang dijadualkan pada penghujung Jun ini. Selari dengannya, kini Microsoft telah mengemaskini halaman sokongan, dan mengatakan sokongan untuk Windows 10 Home dan Windows 10 Pro akan ditamatkan pada Oktober 2025 kelak. Dengan pengumuman ini, ia sekaligus memperlihatkan Microsoft akan memperkenalkan sistem operasi generasi baharu yang menggantikan Windows 10. Selepas 2025, tiada lagi kemaskini sekuriit yang akan ditawarkan untuk Windows 10 – sekaligus akan memerlukan orang ramai beralih ke sistem operasi generasi baharu. Windows 10 sebelum ini telah diperkenalkan pada 2015 yang lepas, dan ini bermakna sistem operasi ini telah disokong oleh Microsoft untuk tempoh 10 tahun lamanya. Sumber : https://amanz.my/2021290150/
  19. Resetting your network really should be used as a last resort in your troubleshooting process. Before trying it, you should try some basic fixes first. Running the built-in network troubleshooter can often solve your problems, or at least point you toward steps you can take that might help. Windows also includes some good command line utilities that can help you figure out where your problem lies. But if all else fails, or you’d just like to take your network back to the beginning, resetting your network might help. When you reset your network, Windows will forget your Ethernet network, along with all your Wi-Fi networks and passwords. It will also forget additional connections, such as VPN connections or virtual switches, that you’ve created. Resetting will disable and then reinstall all your network adapters and set other networking components back to their original settings. You’ll even have to run through the questions you saw when you first installed Windows where you select whether you want your PC to be discoverable on the network. Once you’ve exhausted your other troubleshooting efforts, resetting the network is easy. Open Windows Settings by pressing Start and clicking the Settings button (or just by pressing Windows + I on your keyboard). On the Windows Settings screen, click “Network & Internet.” On the “Network & Internet” page, select the “Status” tab on the left and then, on the right, scroll down and click the “Network reset” link. The “Network reset” screen warns you about what will happen when your network is reset and also lets you know that a restart will be necessary. Click the “Reset now” button to reset the network and RESTART your PC. When asked to confirm the network reset, click the “Yes” button. then restart your PC/Laptop.
  20. Kuala Lumpur: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun melakar sejarah apabila menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) selepas dipilih sebagai pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP Bulan April 2021 dan membawa pulang sijil itu yang bernilai RM1 juta. Ketua Eksekutif BSN Jay Khairil berkata, remaja berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu mula menyimpan dalam BSN SSP dengan bantuan ibu bapanya yang memulakan simpanan tersebut sebagai saluran untuk beliau menyimpan wang. "BSN sentiasa komited untuk menggalakkan tabiat menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan muda. Usaha berterusan kami laksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa seperti produk terunggul kami iaitu BSN SSP," menurutnya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata tahun ini, BSN menawarkan hadiah bernilai lebih RM30 juta untuk lebih 19,000 pemenang dengan majlis cabutan yang diadakan mematuhi SOP ketat serta disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial rasmi Facebook BSN Malaysia. Katanya, khas untuk Jun dan Disember sahaja, dua pemenang bakal diumumkan sebagai jutawan berbanding hanya seorang pemenang pada bulan lain. Menurut kenyataan itu, pelanggan sedia ada yang ingin menambah simpanan BSN SSP boleh berbuat demikian di kaunter Cawangan BSN, mesin juruwang automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM), perbankan Internet myBSN atau menerusi saluran ejen BSN (EB BSN), manakala pelanggan baharu boleh membeli SSP di kaunter Cawangan BSN di seluruh negara. Senarai pemenang boleh disemak melalui laman sesawang BSN www.bsn.com.my atau laman Facebook BSN Malaysia. Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/06/714300/remaja-17-tahun-menang-rm1-juta
  21. The Jetpack plugin comes with a number of blocks and editor extensions. One of those features extends the existing Media blocks, and adds an option to find and upload images from Google Photos or Pexels: While this can be super useful when you use Google Photos or need to find free stock photos for your posts, you may sometimes prefer to only see the default “Media Library” option. but no option to disable this function. To do so, you can add the following snippet to a functionality plugin on your site: add this code below wp-config.php /** * Remove Jetpack's External Media feature. */ add_action( 'enqueue_block_editor_assets', function () { $disable_external_media = <<<JS document.addEventListener( 'DOMContentLoaded', function() { wp.hooks.removeFilter( 'blocks.registerBlockType', 'external-media/individual-blocks' ); wp.hooks.removeFilter( 'editor.MediaUpload', 'external-media/replace-media-upload' ); } ); JS; wp_add_inline_script( 'jetpack-blocks-editor', $disable_external_media ); } );
  22. Microsoft has been teasing a “next generation” of Windows for months now, but new hints suggest the company isn’t just preparing an update to its existing Windows 10 software, but a new, numbered version of the operating system: Windows 11. The software giant announced a new Windows event for June 24th yesterday, promising to show “what’s next for Windows.” The event invite included an image of what looks like a new Windows logo, with light shining through the window in only two vertical bars, creating an outline that looks very much like the number 11. Microsoft followed up with an animated version of this image, making it clear the company intentionally ignored the horizontal bars. Microsoft’s Windows event also starts at 11AM ET, not the usual start time for typical Windows and Surface events. Following the event invite, Microsoft exec Yusuf Mehdi said he hasn’t “been this excited for a new version of Windows since Windows 95!” It’s the first time we’ve heard Microsoft specifically mention a “new version” of Windows is on the way. The event invite also comes just a week after Nadella teased a “next generation of Windows” announcement. Nadella promised that Microsoft would soon share “one of the most significant updates to Windows of the past decade.” Microsoft’s chief product officer, Panos Panay, also teased a “next generation” of Windows earlier this year. If Microsoft is truly readying to move beyond Windows 10 and towards Windows 11, we’re expecting to see big visual changes to reflect that. Microsoft has been working on something codenamed Sun Valley, which the company has referred to as a “sweeping visual rejuvenation of Windows.” A lot of these visual changes will come from the work Microsoft completed on Windows 10X, a lightweight version of Windows intended to rival Chrome OS, before it was scrapped. That includes a new Start menu, new system icons, File Explorer improvements, and the end of Windows 95-era icons that drag Windows users back to the past in dialog boxes. Rounded corners and updates to the built-in Windows apps are also planned. Significant changes are also on the way for Windows beyond the user interface. Microsoft appears to be ready to address a lot of lingering problems, with fixes planned for a rearranging apps issue on multiple monitors, an upcoming Xbox Auto HDR feature, and improvements to Bluetooth audio support. Perhaps the biggest lingering issue waiting to be fixed is the Windows store. Microsoft has been working on a new app store for Windows in recent months, and rumors suggest it will be a significant departure from what exists today. Nadella has promised to “unlock greater economic opportunity for developers and creators” with Windows, and the Windows store seems like the obvious way to do that. Microsoft is reportedly overhauling its Windows app store to allow developers to submit any Windows application, including browsers like Chrome or Firefox. This would significantly improve the store alone, but Microsoft might also be considering allowing third-party commerce platforms in apps. That would mean Microsoft wouldn’t take a cut from developers who use their own in-app purchase systems. https://i.imgur.com/Pvsjka4.gif So far, Microsoft has only announced a cut to 12 percent commission for PC games in the Windows store, but allowing developers to bypass Microsoft’s cut would be a significant change. Moving to Windows 11 branding would also back up Microsoft’s reinvestment in Windows. The software maker signaled a renewed interest in Windows last year, during a pandemic that has demonstrated how important the operating system is. Windows usage jumped as workers and students across the world turned to laptops and PCs to work from home. PC shipments have also surged over the past year. After slicing Windows into two parts back in 2018, Microsoft moved parts of Windows development back under Panos Panay’s control last year. The move was a clear admission that Microsoft’s Windows split didn’t work, after months of messy development experiences for Windows 10, delayed Windows updates, a lack of major new features, and lots of Windows update issues. Moving to Windows 11 would still be a surprise move for Microsoft, though. The company previously referred to Windows 10 as “the last version of Windows” in its big push to position the OS as a service that’s continually updated. While there are monthly updates to Windows, the more significant changes are typically delivered twice a year. Microsoft has struggled with naming these updates, though. We’ve seen the Windows 10 Anniversary Update, Fall Creators Update, and simple dates like the November 2019 Update. Microsoft has also adopted yet another naming scheme recently, referring to updates as 20H1 or 21H1 to signify both the release year and part of the year the update launched. A move to Windows 11 wouldn’t necessarily clear up Microsoft’s update naming issues, but if the company also adopted point releases like Windows 11.1, that would certainly help both consumers and IT admins to quickly understand which version is the latest. OEMs would also be happy to see a Windows 11 release. A new version of Windows always drives new hardware sales and renewed interest in the operating system. If Microsoft backs that up with a new UI and a fresh look and feel for Windows, it will be the typical playbook we’ve seen for Windows for decades. It’s not long until we find out whether Microsoft is ready to dial the version number of Windows up to 11. The Windows elevent (as I’m now calling it) will start at 11AM ET on June 24th, and The Verge will be covering all the news live as it happens. Source : https://www.theverge.com/2021/6/3/22466394/microsoft-windows-11-launch-teaser-rumors
  23. Imej ISO adalah fail arkib yang mengandungi semua maklumat yang terdapat pada cakera optik, seperti CD atau DVD. Contohnya, ini boleh menjadi CD pemasangan Windows. Pada kebiasaannya, setiap kali anda menghidupkan komputer, komputer akan boot dari sistem operasi yang disimpan pada cakera keras dalaman anda. Walau bagaimanapun, dengan menjalankan USB yang boleh di-boot, anda boleh boot komputer anda menggunakan gambar ISO USB. Ini boleh berguna jika anda perlu memulihkan, memperbaiki atau memasang sistem operasi baru pada komputer anda. anda boleh muat turun file ISO melalui beberapa saluran secara haram dan halal seperti : Cara Download File ISO Windows 10, 7, 8.1 OEM secara Legal dari Microsoft. anda jugak boleh download terus melalui aplikasi Rufus. Rufus adalah salah satu daripada beberapa program yang membolehkan anda membuat “ISO image” pada USB stick. Untuk membuat USB yang boleh di-boot menggunakan Rufus, semua yang anda perlukan adalah: ISO pilihan anda, Windows 10 Versi terbaru Rufus (tersedia dalam talian dari https://rufus.ie) USB Pendrive (setidak-tidak 8GB keatas) Setelah anda menyediakannya, ikuti langkah-langkah ini untuk membuat USB anda yang boleh di-boot: Buka Rufus dan pasangkan USB ke komputer anda. Rufus akan mengesan USB anda secara automatik. Klik pada Peranti dan pilih USB yang ingin anda gunakan dari menu. Pastikan “BOOT SELECTION” di pilih di “Disk or ISO image“, dan tekan butang “SELECT”. Rufus akan membuka tetingkap carian file, anda boleh memcari file ISO anda Note: In the latest version of Rufus (3.5), there’s now an option to download the ISO image for Windows 8.1 or 10 directly through Rufus, if you don’t already have a copy saved. Just click on the drop-down arrow next to the Select button and choose Download instead. This will open a dialogue box where you can choose which Windows version you want to download. Seterusnya anda perlu membuat pilih “IMAGE OPTION” kepada “Standard Windows Installation“. Langkah seterusnya yang perlu di ambil tahu adalah “PARTITION SCHEME” dan “TARGET SYSTEM”. sama ada GPT atau MBR GPT – target system UEFI – khas untuk laptop jenis baru windows 8 keatas MBR – BIOS Legacy – untuk laptop/PC lama untuk setting seterusnya boleh abai dan biarkan secara lalai. dan tekan butang “START” untuk teruskan process membuat bootable usb
  24. Tutorial ini bagi anda yang mengalami masalah untuk mengakses laman sesawang yang disekat sama ada menggunakan peranti mudah-alih mahupun komputer. Caranya adalah sangat mudah iaitu dengan menggunakan CloudFlare DNS. CloudFlare DNS adalah yang paling pantas berbanding Google DNS dan juga OpenDNS. CloudFlare turut menjanjikan yang mana mereka tidak menyimpan atau menjual data pengguna. CONTOH WEBSITE YANG DISEKAT CONTOH ERROR 404 YANG DISEKAT Bagi pengguna peranti Android dan iOS, hanya perlu memasang aplikasi tanpa perlu melakukan tetapan secara manual. Muat-Turun 1.1.1.1 untuk Android Muat-Turun 1.1.1.1 untuk iOS Pengguna komputer perlu melakukan tetapan secara manual. Anda boleh masukkan angka di bawah ini ke dalam tetapan rangkaian komputer anda: “CARA INI SESUAI UNTUK SEMUA BROADBAND DIMALAYSIA TERMASUK Steamyx dan fibre” To change the current DNS settings through the networking settings on Control Panel, use these steps: Go to the Control Panel @ Setting (windows 10) Click on Network and Internet Click on Network and Sharing Center Go to Change Adapter Settings. You’ll see some network icons here. Select the network you’re currently connected to and right click on it. Select Properties. Click on IPv4 and select Properties. If “Obtain DNS server address automatically” is selected, click the radio button next to “Use the following DNS server addresses:” If you’re using Google Public DNS, OpenDNS, or CloudFlare, you can use these settings: Google Public DNS: 8.8.8.8 and 8.8.4.4 Cloudflare: 1.1.1.1 and 1.0.0.1 Click on Ok and Close.
  25. Pegawai Eksekutif Kanan Facebook tampil membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri Palestin menerusi mesyuarat secara virtual berhubung aduan yang dibuat terhadap Facebook yang menyekat seluruh kandungan yang mempunyai unsur pro Palestin. Mesyuarat secara virtual pada minggu lalu itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Facebook bagi Polisi Awam Global, Joel Kaplan dan Ketua Polisi Asia Barat dan Afrika Utara, Azzam Alameddin. Ketua Misi Palestin ke United Kingdom, Husam Zomlot berkata bahawa Facebook sudah mengakui isu tersebut dan pihaknya berjanji akan menangani perkara itu. Menurutnya lagi, pasukan Facebook memaklumkan pihaknya secara tidak tepat melabelkan perkataan tertentu yang kerap digunakan oleh penduduk Palestin termasuk ‘Martyr’ (Syahid) dan ‘resistance’ ( Pertempuran). Facebook mendakwa perkataan yang digunakan itu sebagai hasutan melakukan kekerasan dan mereka berjanji akan menilai dan menyemak kembali kerangka kerja tersebut. Pengguna media sosial dari Palestin dan seluruh dunia akhir-akhir ini telah memuat naik gambar dan berkongsi video mengenai keganasan tentera Israel terhadap penduduk Palestin dan mereka mengguna tanda pagar #SaveSheikhJarrah dan #GazaUnderAttack dalam bahasa inggeris dan Arab. Bagaimanapun, saluran media sosial lain termasuk Twitter dan Instagram turut menyekat dan menggenakan had kepada pengguna sosial media yang terutamanya di Palestin yang menyuarakan penindasan yang berlaku. Sumber : https://ohmedia.my/umum/sekat-kandungan-berkaitan-pro-palestin-facebook-tampil-mohon-maaf/
  26. Baru sahaja dunia diberitahu berita gembira tentang kemenangan Palestin yang mana Israel bersetuju untuk melakukan genjatan senjata, terbaru, tentera rejim zionis Israel dikatakan mula menyerang masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa kembali selepas genap 12 jam genjatan senjata dilakukan. Sebuah video yang dikongsikan sebentar tadi oleh seorang pengguna laman Twitter, Ikhwan (@JatIkhwan) telah memuat naik beberapa video yang menyatakan tentera zionis telah merempuh masuk ke Masjid Al-Aqsa dan melepaskan gas pemedih mata ke arah kumpulan pemuda Palestin di situ. Melalui hantaran yang dikongsinya juga, tentera zionis dikatakan tidak henti melepaskan bom pemedih mata ke arah ribuan pengunjung dan menyebabkan ramai rakyat Palestin di situ mengalami sesak nafas termasuk para wanita dan kanak-kanak. Lebih memedihkan, tentera zionis tersebut telah melepaskan tembakan peluru getah ke arah pengunjung Masjid Al-Aqsa. Kelihatan juga tentera zionis yang berada di atas bumbung Masjid Al-Qibli dan mengacukan senapang ke arah orang ramai. Tembakkan juga dilakukan oleh mereka ke arah penduduk Palestin. Pertempuran juga berlaku di Bethlehem ketika ini, gas pemedih mata dilepaskan oleh Zionis Laknatullah. Akibat daripada serangan itu, penduduk Palestin sedang berusaha menyelamatkan diri dan dikatakan sebuah keluarga telah ditembak di Umm Al Fahm. Semoga penduduk Palestin di sana dalam keadaan baik dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T. Sumber : https://ohmedia.my/umum/israel-kembali-lepaskan-tembakan-bom-pemedih-mata-ke-arah-penduduk-palestin
  27. Pada pagi Jumaat yang mulia ini, dunia ‘digemparkan’ dengan pengumuman gencatan senjata yang dipersetujui antara pihak Israel dan HAMAS di Gaza, Palestin pada kira-kira jam 2 pagi tadi. Gencatan senjata yang diumumkan ini bermaksud kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk tidak lagi meneruskan operasi masing-masing antara satu sama lain seperti mana insiden balas-membalas serangan yang berlaku sejak 10 Mei lalu. ‘Termeterainya’ gencatan senjata, maka tamatlah bunyi bom, peluru berpandu dan tangisan di ruang angkasa kedua-dua wilayah berkenaan. Maka dengan itu, tepat jam 2 pagi (waktu Gaza), semua penduduk Gaza turun ke jalanan untuk meraikan ‘pengakhiran’ ini. Jika kita di Malaysia, pagi raya 1 Syawal baru-baru ini agak ‘segar’ dengan alunan takbir raya, namun tidak di Gaza kerana konflik masih ‘panas’ ketika itu. Tapi hari ini, ibarat ‘takbir yang tertangguh’, mereka akhirnya turun ke jalanan beramai-ramai sambil bertakbir untuk meraikannya. Agensi berita rasmi Palestin, Shehab News Agency memuat naik rakaman-rakaman foto dan video yang memaparkan situasi sorakan kesyukuran tersebut. Mari ikuti rakaman-rakaman itu di bawah ini. Takbir raya ‘tertangguh’ & sujud syukur Atas pengumuman gencatan senjata itu, ramai penduduk Gaza yang terlibat dalam perarakan itu meraikannya dengan sujud syukur di jalanan. Dalam masa sama, mereka turut melaungkan takbir raya dan mungkin ini kali yang pertama sejak 1 Syawal lalu. Sumber : https://siakapkeli.my/2021/05/21/video-raya-yang-tertangguh-rakyat-gaza-keluar-bertakbir-raya-sujud-syukur-di-jalanan-selepas-gencatan-senjata/
  1. Load more activity
×
×
  • Create New...