Jump to content

Remaja 17 tahun menang RM1 juta


 Share

Recommended Posts

1139132245_Remaja17tahunmenangRM1juta.thumb.png.9099d57827f41574efb5a5ab603523f4.png

Kuala Lumpur: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun melakar sejarah apabila menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) selepas dipilih sebagai pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP Bulan April 2021 dan membawa pulang sijil itu yang bernilai RM1 juta.

Ketua Eksekutif BSN Jay Khairil berkata, remaja berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu mula menyimpan dalam BSN SSP dengan bantuan ibu bapanya yang memulakan simpanan tersebut sebagai saluran untuk beliau menyimpan wang.

"BSN sentiasa komited untuk menggalakkan tabiat menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan muda. Usaha berterusan kami laksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa seperti produk terunggul kami iaitu BSN SSP," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tahun ini, BSN menawarkan hadiah bernilai lebih RM30 juta untuk lebih 19,000 pemenang dengan majlis cabutan yang diadakan mematuhi SOP ketat serta disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial rasmi Facebook BSN Malaysia.

Katanya, khas untuk Jun dan Disember sahaja, dua pemenang bakal diumumkan sebagai jutawan berbanding hanya seorang pemenang pada bulan lain.

Menurut kenyataan itu, pelanggan sedia ada yang ingin menambah simpanan BSN SSP boleh berbuat demikian di kaunter Cawangan BSN, mesin juruwang automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM), perbankan Internet myBSN atau menerusi saluran ejen BSN (EB BSN), manakala pelanggan baharu boleh membeli SSP di kaunter Cawangan BSN di seluruh negara.

Senarai pemenang boleh disemak melalui laman sesawang BSN www.bsn.com.my atau laman Facebook BSN Malaysia.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/06/714300/remaja-17-tahun-menang-rm1-juta

  • Haha 1
Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

  • Recent Achievements

    • Hamlo went up a rank
      Contributor
    • Hamlo went up a rank
      Explorer
    • Hamlo went up a rank
      Apprentice
×
×
  • Create New...