Jump to content

Anak Yang Tertukar, Wajib Untuk Tukar Kembali Bin/Binti – Mufti Kelantan


 Share

Recommended Posts

1845672648_AnakYangTertukar.thumb.jpeg.a00a547a9c53c1adcb5693b122e989fc.jpeg

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) — Kesilapan tertukar bayi dengan keluarga lain sehingga seseorang individu dibin atau dibintikan kepada bapa angkat, dari segi hukum agama wajib ditukar kepada bin atau binti bapa kandung supaya tidak menimbulkan isu berbangkit, terutama berkaitan pembahagian pusaka.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ini kerana anak sebenar itu mempunyai hak untuk mendapatkan sumber pusaka yang ditinggalkan oleh bapa kandungnya yang sudah meninggal dunia.

“Memang (wajib) seseorang itu dibin atau dibintikan kepada bapa sebenar, tidak boleh dibinti atau bin kepada bapa angkat, haram kalau dengan sengaja. Dalam kes ini ia ‘tersilap’, jadi apabila tersilap, insya-Allah Tuhan ampunkan.

“Tetapi dari segi pengurusan (Jabatan Pendaftaran Negara), terserahlah…kalau undang-undang kata tidak boleh tukar sebab melibatkan sijil misalnya, tidak mengapa, tetapi perlu ada satu catatan bahawa ini adalah anak angkat.

“Kalau tidak nanti dia boleh buat tuntutan di mahkamah dan berhak mendapat tuntutan pusaka. Sekarang tidak mengapa kerana damai (tiada perbalahan),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Mohamad Shukri berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama semalam berkenaan dua keluarga terpaksa mengharungi kisah tragis selepas tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar yang dilahirkan 20 tahun lepas tertukar dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Kejadian itu hanya disedari tahun lepas selepas ketiga-tiga mangsa, Adryani Iwani, 20, ‘kembarnya’ Adryana Irwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lepas.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata tidak menjadi kesalahan untuk anak yang tertukar itu terus tinggal bersama keluarga yang memeliharanya selama ini kerana dia dianggap anak sebenar kerana telah menyusu daripada ibu keluarga berkenaan.

Sehubungan itu, dari aspek hukum aurat adik-beradik susuan adalah sama dengan hukum aurat adik-beradik seibu sebapa, katanya.

Mengenai wali dalam pernikahan pula, merujuk kepada kes ini yang kedua-duanya sudah kehilangan bapa kandung, Mohamad Shukri menjelaskan pengganti wali yang terdekat ialah abang atau adik-beradik lelaki kandung.

“Meskipun (Adryana Iwani) sudah tinggal bersama keluarga angkat, wali pernikahan itu mesti ikut binti bapa yang sebenar, wali asal.

“Andai kata sudah nikah berwalikan bapa angkat atau adik-beradik angkat, tidak jatuh hukum zina, tapi dia mesti angkat lafaz nikah baharu dengan wali asal selepas diketahui hal sebenar,” katanya.

Bagaimanapun dalam kes ini, kesemua yang terlibat masih belum mendirikan rumah tangga.

Berkenaan ujian DNA bagi membuktikan tali kekeluargaan seseorang pula, Mohamad Shukri berkata ia boleh diterima pakai sebagai satu daripada mekanisme untuk menentukan nasab (anak kepada bapa).

Sementara itu, pakar genetik manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Thilakavathy Karuppiah berkata seseorang itu akan mewarisi 50 peratus daripada DNA ibu dan 50 peratus DNA bapa.

“Malah, setiap indidvidu pula mempunyai profil (corak) DNA yang berbeza, kecuali kembar seiras,” katanya.

Dr Thilakavathy berkata keputusan ujian DNA yang tidak boleh dipertikaikan adalah lebih kurang antara 96 peratus hingga 99.99 peratus namun, sebarang ujian DNA, ada kebarangkalian yang kecil akan memberi keputusan yang boleh dipertikaikan.

“Keputusan yang boleh dipertikaikan bukan bermaksud keputusan negatif. Semakin tinggi peratusan, semakin besar kemungkinan individu-individu yang diuji itu mempunyai tali persaudaraan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat perkara itu dan akan berhubung dengan pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

— BERNAMA

Link to comment
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
 Share

  • Recent Achievements

    • Hamlo went up a rank
      Contributor
    • Hamlo went up a rank
      Explorer
    • Hamlo went up a rank
      Apprentice
×
×
  • Create New...